Junaedi Leonardo Siregar - PERJUANGAN (OSN 1.3)

Daftar Isi

 




berjalan terus memandang ke depan,

sesekali menoleh pandang ke belakang,

fokus pandangan melihat garisan tujuan,

sehingga mengabaikan hal yang tidak berkenaan.


itulah kehidupan sebagai penuntut ilmu,

pandang kehadapan sebagai laluan,

toleh ke belakang agar tidak terulang,

berhati-hati dalam meneruskan perjuangan,

sehingga dapat segenggam kejayaan.


buaian ibu yang menenangkan,

pelukan ayah yang menyejukkan,

rotan guru tanda kasih sayang,

pukulan kawan tanda persahabatan,

hargai semua yang hadir dalam kehidupan,

kerana hadir mereka bertujuan.


tiada guna berkokok di reban sendiri,

jika tidak melihat dunia luar,

tak guna syok sendiri,

kalau tak pandai menghargai orang sekitar.


menuntut ilmu bukan mudah untuk semua,

lain orang lain taranya,

lain orang lain cabarannya,

namun,

jangan berputus asa kerana juang kita adalah sama.


seluas laut di lautan samudera,

seluas negeri di dunia,

tak akan mampu melawan luasnya ilmu Allah pada kita,

jangan angkuh dengan ilmu secebis,

jangan bongkak dengan keistimewaan diri,

kerana tariknya nikmat ilmu dari ilahi,

sekelip mata hilang tak berganti.


Medan, 16 April 2023

Posting Komentar